Refreshing Skin Cleanser

View Product

PUAN ROSLINA RAJAB (Pemilik Perniagaan)

Bagi mereka yang sangat berminat untuk mengetahui rejim penjagaan kulit saya, ini dia, saya menggunakan produk semulajadi yang dibangunkan untuk wanita Asia, RA8. Semudah 3 langkah, produk ini dihasilkan daripada bahan-bahan bioaktif dari hasil laut. Refreshing cleanser sangat menyejukkan untuk kulit saya yang sensitif. Regenerative Serum dan Renewal Skin Creme memberikan kelembapan dan perlindungan yang diperlukan oleh kulit saya. Yang paling penting ianya telah terbukti selamat.


SHARIFAH SHAHIDAH (Eksekutif Latihan)

Saya berkenalan dengan RA8 pada bulan Feb 2012. Produk RA8 ternyata tidak menghampakan. Kulit saya adalah jenis sensitif dan mempunyai parut jerawat. Alhamdulillah,setelah 1 bulan menggunakan Cleanser dan Serum RA8, parut semakin pudar dan liang pori telah mengecil. Muka terasa sangat bersih setelah dicuci dengan Cleanser RA8, disusuli pula dengan penggunaan serumnya yang memberi kesan menyegarkan. Cuba dan rasai sendiri produk ini,dan lihat perubahannya, pasti tidak menghampakan. Saya masih menggunakan RA8 sehingga kini, dan amat berpuas hati dengan cleanser dan serum.

Terima kasih kepada RA8


MUTIARA ABDULLAH (Ketua Pengarah Eksekutif, De Pearl Connection)

Produk ini telah memberi perubahan pada tekstur kulit muka Mas, alhamdulillah. Selepas 1 minggu pengunaannya, teman2 Mas telah menegur kulit mas nampak cerah dan lembab. Perubahan yang pasti telah mengembirakan Mas!


NORLAILA HUSSAIN FROM OMAN (Pensyarah)

Selepas hanya menggunakan cleanser 2-3 hari, saya perasan kulit tidak terasa ‘tight’ lepas menggunakannya – rasa tak perlu menggunakan moisturiser pun. Selepas 1 botol serum saya juga perasan ‘uneven tone’ dan ‘dark spots’ sudah mula berkurangan. Thanks you for introducing this product.


LATIFAH MOHD GHAZALI (Pemilik Perniagaan)

Saya suka RA8 Refreshing Cleanser. Selepas menggunakannya, kulit rasa segar dan kelembapan kulit dikekalkan.


Renewal Skin Crème

View Product

PUAN ROHANI ABDUL MUNIR (46 TAHUN) (Pengurus)

Sebelum diperkenalkan kepada RA8, saya menggunakan produk berjenama antarabangsa yang terkenal. Sungguh pun begitu, bintik-bintik hitam serta parut jerawat di bahagian dagu saya masih lagi kelihatan. Selepas sebulan penggunaan produk RA8, bintik-bintik hitam serta parut jerawat di bahagian dagu saya telah hilang. Penggunaan ”RA8 Renewal Skin Cream” juga membuatkan wajah saya kelihatan lebih berseri tanpa menggunakan sebarang bedak mau pun solekan. Produk RA8 membuatkan saya merasa sangat teruja dan lebih yakin akan penampilan diri saya.


Regenerative Serum

View Product

YBHG DATIN NURSIAH SULAIMAN (66 TAHUN) (Ketua Pengarah Eksekutif, Nuraszly Enterprise)

Before After
Gambar selepas terkena minyak panas ketika menggoreng keropok lekor. Serum digunakan siang dan malam. Kesannya selepas dua (2) minggu.

Standard Set

View Product

PUAN MASITAH ZULKIFLI (35 TAHUN) (Pengarah, Cendana Spa)

Saya mula menggunakan barangan RA8 pada penghujung tahun lepas dan selepas sebulan saya sudah mula merasai kesannya. Wajah saya sebelum ini mempunyai masalah jeragat, tona tidak sekata dan agak kusam. Selepas sebulan penggunaan RA8, jeragat saya telah berkurangan, tona muka saya menjadi sekata dan yang paling ketara ialah wajah saya menjadi kemerah-merahan @ ”glowing” sehingga ditegur oleh kawan-kawan.

 


YM TUNKU MAZIAH (62 TAHUN) (Pengarah, Nyla Sdn Bhd)

Bagi diri saya, sungguh pun dikategorikan sebagai Warga Emas, keterampilan diri amatlah penting. Apatah lagi, saya seorang usahawan yang giat dengan urusan dalam pejabat dan di luar. Kulit muka saya menjadi tumpuan bila bertemu kawan atau pelanggan. Ketiadaan bintik-bintik, kelicinan dan kelahusan tekstur kulit saya mengkagumkan mereka. Saya pecah rahsia saya kepada mereka. Saya amalkan pengunaan RA8 setiap hari dan malam. Itu aje. Yang lain tu, pemberian Tuhan. Alhamdullillah.


Starter Kit

View Product

RAHMAH WATI RAHMAT (Pemilik Perniagaan, 4 Sisters Shoppe)

Saya memilih produk RA8 kerana bahan asasnya adalah dari sumber alam semulajadi. Setelah setahun menggunakan produk RA8, saya amat berpuas hati dengan keupayaan produk ini merawat dan ‘menjaga’ kulit wajah saya. Kulit saya yang sebelum ini kelihatan kusam, nampak tidak bermaya dan kurang anjal berubah selepas sebulan menggunakannya. Pigmentasi yang wujud selepas melahirkan anak ke 5, menjadi semakin pudar dan sehingga ke hari ni, alhamdulillah belum ada pigmentasi yang baru. Ini membuktikan keberkesanan fungsi utama produk ini iaitu mampu menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru, melakukan sintesis kolagen dan mencerahkan kulit mengikut warna sebenar kulit seseorang. Walaupun sibuk menguruskan 6 orang anak, saya bersyukur kerana masih sempat untuk ‘membelai’ kulit wajah saya sebelum memulakan kerja seharian. Ini adalah kerana tatacara penggunaan RA8 amat ringkas hanya perlu mencuci, memakai serum dan krim siang yang telah mempunyai agen perlindungan UVA & UVB. Saya percaya saya telah membuat pilihan yang tepat untuk memilih RA8 sebagai produk penjagaan wajah anti-penuaan. Ianya bukan sahaja amat berkualiti tetapi telah disahkan selamat secara saintifik dan yang paling penting, ianya halal.


SUE ABAS FROM ABU DHABI

Saya juga baru sahaja menggunakan produk RA8. Surprisingly, kulit saya nampak cerah dan licin walaupun baru memakainya untuk 3 hari sahaja. Ini membuat saya bersemangat untuk memakai terus produk ini untuk melihat kerberkesanannya.

© Style Fusion Sdn Bhd 2014. Website is designed & maintained by Digital Smartland.
Top